PENGENALAN
- Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang sangat unik jika dibandingkan dengan tamadun lain daripada segi perkembangannya.
- Terdapat tiga fasa yang utama dalam proses perkembangan tamadun Melayu iaitu:
- masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam.
- masyarakat Melayu selepas menerima pengaruh agama Hindu-Buddha.
- masyarakat Melayu selepas kedatangan agama Islam.
ALAM MELAYU
- Merujuk kepada satu kawasan yang luas merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh wilayah Asia Tenggara sehingga ke pantai Afrika,Taiwan,Jepun serta diserata kepulauan pasifik.
- Dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu,gugusan kepulauan Melayu-Indonesia,Nusantara,Alam Melayu dan Tanah Jawi.
- Dua perkara penting yang melingkari wilayah Alam Melayu ini ialah:
- Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara bagi melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.
- Antara isi penting dalam sesebuah perlembagaan seperti kebebasan asasi dan hak seseorang, kehakiman, kewarganegaraan, undang-undang, kewangan, perkhidmatan awam, undang-undang persekutuan dan sebagainya.
- Pembentukan perlembagaan persekutuan banyak dipengaruhi oleh perkembangan tamadun Melayu.
- Perkara 160 perlembagaan persekutuan menyatakan bahawa seseorang itu dipanggil orang Melay bila mencapai tiga perkara iaitu:
- beragama Islam
- secara lazimnya berbahasa Melayu
- secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu.
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
- Tamadun Melayu pada awalnya dijejaki sejak zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal kira-kira 35,000 tahun yang lalu.
- Selepas itu diikuti dengan zaman Mesolitik atau zaman batu tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu,zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan zaman Logam iaitu zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu.
- Contoh penempatan manusia yang dijumpai pada zaman itu seperti KOta Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) dan Tinkayu (Sabah).
- Umumnya asas tamadun Melayu banyak merujuk kepada struktur sosial masyarakat yang berlapis seperti sistem kasta, kerana banyak dipengaruhi oleh peradaban India.
- Selain daripada struktur sosial,kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan dalam pembentukan tamadun Melayu.
- Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kepada dua bahagian kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.
Struktur Sosial Masyarakat Melayu Tradisional (Samri, 2003)
TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
- Kehidupan masyarakat Melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yang dinamakan sebagai adat kepercayaan berdasarkan kepada pandangan semesta tradisional orang Melayu tersebut.
- Kebudayaan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain.
- Pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia yang mana ia mempunyai tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata dan alam ghaib dalam kehidupan mereka.
- Kepercayaan ini telah membawa kepada lahirnya adat dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
- Umumnya pandangan semesta masyarakat Melayu terbahgai kepada tiga bahgian iaitu:
- Zaman Pra-Islam:
- Bertunjangkan kepada kepercayaan 'animisme' dan kepercayaan 'dinamisme'.
![]() |
Gapura Bentar yang tersusun dari batu-bata. Merupakan pengaruh senibina Zaman Pra-Islam |
- Zaman Kedatangan Hindu-Buddha:
- Kedatangan agama Hindu-Buddha tela menjadikan amalan penyembahan dan upacara keagamaan menjadi lebih tersusun.
- Telah menyerap kedalam kehidupan dan kebudayaan Melayu, terutama dikalangan golongan pemerintah dan bangsawan.
- Memberi kesan mendalam dalam sistem sosial masyarakat Melayu seperti sistem kasta yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata.
Kuil atau candi Hindu kuno di Jawa Indonesia |
- Zaman Kedatangan Islam:
- Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan.
- Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah S.W.T Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi.
- Justeru itu, pandangan semesta Melayu juga turut dibentuk berasaskan hablumminallah (hubungan dengan Pencipta) dan ablumminannas (hubungan sesama manusia).
![]() |
Batu Bersurat Terengganu |
- Islam datang ke wilayah Nusantara pada abad pertama hijrah atau antara kurun ke 7 dan ke 8 Masihi.
- Proses Islamisasi telah berlaku dengan pesat dan antara kerajaan Islam yang berjaya dibentuk ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani, Brunei, Sulu dan sebagainya.
- Agama Islam dikatakan telah datang ke Nusantara melalui tiga jalan utama berdasakan kepada teori yang dikemukakan oleh para sarjana iaitu:
- Islam datang dari India:
- Teori ini dikemukakan oleh Pijnappel iaitu seorang sarjana Belanda dan disokong oleh Snouk Hurgronje & J.P Moquette.
- Berdasarkan bukti yang ditemui iaitu penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.
- Islam datang dari Tanah Arab:
- Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann serta de Holender dan disokong oleh Syed Mohd Naquibal-Attas, menyatakan bahawa Islam dibawa datang pada kurun ke-7 Masihi.
- Ini berdasarkan kepada bukti yang ditemui seperti wujudnya perkampungan Islam di Sumatera utara yang diberi nama "Tashih" telah ditemui pada tahun 650M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datng ke Sumatera pada abad ke-7M.
- Teori yang dikemukakan oleh sarjana Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan batu-batu bersurat disekitar wilayah Nusantara seperti Batu Bersurat di Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa bertarikh 1082 M dan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M.
- Semua bukti sejarah ini mencatatkan adanya measyarakat Islam dan mencadangkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui Negara China. Ini diperkukuhkan lagi dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan Negara China yang membawa kemasukan agama Islam ke China.
- Agama dan kepercayaan:
- Memberi kesan yang mendalam dari segi aqidah dan kepercayaan masyarakat Melayu ketika itu.
- Meninggalkan kepercayaan animisme dan dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Buddha.
- Mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan, hormat menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Tidak ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu.
- Pendidikan:
- Kedatangan Islam telah banyak merubah sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat sebelum itu.
- Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan.
- Banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelanjaran menjadi lebih bebas disebarkan kepada golongan bawahan.
- Tradisi keilmuan yang ditentukan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih komprehansif dan tersusun.
- Kesan perkembangan ilmu pendidikan ini telah melahirkan ramai para cendekiawan dan ulama-ulama Melayu yang menjadi pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama seperti Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hassan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
- Perundangan:
- Hukum-hukum yang tidak bercanggah dengan Islam dikekalkan.Ini telah disebut dalam hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dan juga adat Perpatih dan Adat Temenggung. Antara contoh yang dapat dilihat ialah dalam bidang kuasa kehakiman yang mana hakim boleh menggunakan budi biacaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
- Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalaM pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Manakala diperingkat negeri pula, terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasa seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain.
![]() |
Adat Perpatih |
- Bahasa dan kesusasteraan:
- Menerima pengaruh yang besar dengan kedatangan agama Islam.
- Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14M sehingga akhir abad ke-18M.
- Penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan.
- Perubahan dari segi bahasa boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali sebagai tulisan jawi.
- Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
![]() |
Seni khat memaparkan keunikan tulisan Jawi |
- Politik dan pentadbiran:
- Sistem pemerintahan telah bertukar kepada sistem pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Antar contoh yang boleh dilihat ialah agama Islam telah diisytiharkan sebagai rasmi di Melaka. Sementarai itu, beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasakan Islam.
- Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah.
- Sistem kekeluargaan:
- Kedatangan Islam telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu malah ianya menjadi lebih teratur.
- Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibubapa.
- Selain itu, pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibubapa mereka.
- Adat dan cara hidup:
- Budaya animisme dan Hinduisme yang diamalkan oleh masyarakat sejak sekian lama telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam.
- Adatyang selama ini menjadi darah daging dan sebati dengan kehidupan mereka telah diperkukuhkan lagi dengan ajaran Islam. Walaubagaimanapun mereka lagi mengamalkan adat-adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
- Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah S.W.T. Ia membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mngasihi dan menghormati.
- Kedatangan Islam telah menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian dan penghormatan. Tidak ada lagi sistem kasta sebagaimana yang diamalkan dalam ajaran agama Hindu.
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM
- Selepas kedatangan Islam, pandangan semesta Melayu telah berubah berteraskan unsur-unsur aqidah.
- Walaubagaimanapun, masih banyak lagi unsur-unsur pandangan semesta sebelum Islam yang diwarisi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu.
- Perubahan pandangan semesta Melayu terhadap agama Islam boleh dilihat terutama sekali dalam aspek ketauhidan dan penerapan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
- Aspek Tauhid
- Kedatangan Islam telah memantapkan lagi pandangan semesta orang Melayu kerana Islam melalui kitab suci Al-Quran mengandungi segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketaqwaan dan ketauhidan kepada Allah S.W.T.
- Konsep tauhid mengandungi tauhid uluhiyyah iaitu penyembahan, pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Allah Tuhan yang satu.
- Disamping itu juga, terdapat tauhid rububiyyah iaitu mempercayai Allah sebagai Pencipta, pemilik dan pentadbir tunggal bagi alam ini.
- Konsep tauhid juga ialah prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda atau bukti bagi wujudnya Rabb al-Alamin (Tuhan semesta alam).
- Nilai-nilai Murni Masyarakat Melayu
- Kehadiran Islam juga telah mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu dimana mereka lebih banyak mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam ajaran Islam.
- Contohnya struktur masyarakat menjadi lebih tersusun dan kepatuhan serta ketaatan kepada ketua lebih diperkukuhkan lagi. Begitu juga dengan adat dan pantang larang yang diamalkan sejak dahulu.
- Kedatangan Islam juga telah berjaya mengatur perjalanan kehidupan masyarakat Melayu dari segi pergaulan dan juga hubungan sesama manusia.
- Ajaran Islam sangat menitikberatkan berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesama manusia. Antara nilai-nilai mulia yang diajar adalah seperti memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia.
- Dalam kehidupan masyarakat Melayu juga sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti datuk, nenek, along, angah, pakcik, makcik dan sebagainya.
- Bidang Persuratan:
- Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa Lingua Franca bagi wilayah Kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan juga India. Pengunaannya dalam bidang penulisan bermula dengan skrip Sanskrit (pahlawi), seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (jawi), dan akhirnya kepada penulisan dalam skrip Roman (rumi).
- Perkembangan ini amat berkait rapat dengan perkembangan tamadun Melayu sehingga ke hari ini. Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagaikan kepada beberapa bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam.
- Bidang Keseniaan:
- Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi keseniaan orang Melayu. Keseniaan halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun.
- Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semulajadi, sama ada dari segi hubungan masyarakat Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama mereka. Oleh sebab itu, tamadun Melayu sangat kaya dengan hasil seni yang dibina dan merangkumi pelbagai bentuk keseniaan seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dan hat, seni bela diri, seni pertukangan, seni tenun dan sulam, seni kulinari dan lain-lain.
- Bidang Sains dan Teknologi:
- Kegemilangan sains dan teknologi yang dicapai oleh orang Melayu sangat unik kerana ia mencerminkan keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu
- Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya.
- Dalam bidang teknologi alam bina juga, oarang-orang Melayu tidak ketinggalan, di mana kemahiran ini dapat dilihat dalam pembinaan rumah dan masjid, contohnya rumah kutai, rumah panjang, kbah dan juga masjid dan kampung laut yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
- Bidang Pendidikan:
- Diawal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.
- Perkembangan pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama
- Sebagai kemudahan untuk aktiviti pembelajaran ini, banyak pondok-pondok didirikan disekitar sekolah agama ini.
- Sekolah jenis ini terkenal di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
- Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai '3M' iaitu membaca, menulis dan mengira.
- Bertitik tolak daripada inilah, perkembangan pendidikan telah berkembang dan mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa kepada pendidikan yang lebih moden sebagaimana pendidikan yang ada sekarang ini.
KONSEP KEBUDAYAAN ISLAM DI MALAYSIA
- Kebudayaan Melayu-Islam saling melengkapi dalam kesatuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan sacara prinsip yang tegas. Oleh itu, kebudayaan Islam di sesebuah negara bangsa merupakan ilmu yang tersendiri yang boleh dilihat dalam pelbagai didiplinnya, contoh yang dapat dilihat ialah di Malaysia sendiri di mana kedudukannya boleh ditinjau dari sudut sejarah, psikologi, hukum, arkeologi, fisiologi, sosiologi dan sebagainya.
- Kebudayaan Melayu-Islam juga boleh dilihat dalam tradisi pengajian, bahasa, keilmuan, kesenian, kesusasteraan, falsafah dan pemikiran serta kemampuannya menyerapkan unsur asal, dipengaruhi dan mempengaruhi selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip tauhid.
- Kebudayaan Islam Malaysia banyak memberi sumbangan kepada kehidupan keagamaan dan kemasyarakatan. Kehidupan keagamaan boleh dilihat dengan kemunculan ulama' dan cendekiawan Islam serta peranan pendidikan, hukum dan adat istiadat dalam masyarakat.
- Penghayatan terhadap kebudayaan Islam juga boleh dilihat dari sudut cara berpakaian, makan minum, pengembangan ilmu pengetahuan, keseniaan, falsafah dan peningkatan bahasa Melayu dan juga kesusasteraan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam hikayat, syair dan pantun ditulis berdasarkan unsur-unsur keislaman.
- Dari sudut keseniaan muzik pula, nasyid,syair, zikir, qasidah dan lain-lain menunjukkan unsur-unsur Islam banyak diterapkan.
- Jika dilihat kepada perkembangan Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan dan mampu mendirikan sebuah negara sendiri iaitu Malaysia, perkembangan ini banyak dibantu oleh penerimaan ajaran Islam oleh hampir keseluruhan masyarakat disini. Oleh itu, pada hari ini dapat dilihat bahawa Islam Malaysia bukan sahaja memberi nilai baru yang berasaskan aqidah dan tauhid, malah dalam sejarah Islam juga memperkukuhkan nilai serta institusi sosiao positif budaya Melayu seperti sifat gotong-royong, sikap bertanggungjawab, berani, pengorbanan, cintakan tanah air dan sebagainya.
CABARAN TAMADUN MELAYU PADA MASA KINI
- Cabaran yang diterima oleh tamadun Melayu kini terdiri daripada dua cabang iaitu cabaran dari dalam dan cabaran dari luar.
- Cabaran dari dalam yang kelihatan sangat ketara ialah cabaran sosio-budaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicpai dan dialami.
- Golongan yang paling berisiko tinggi untuk menghadapi cabaran tersebut adalah golongan remaja dan belia.
- Ini kerana golongan ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar yang diharapkan oleh kerajaan untuk terus menyambung segala kecemerlangan yang telah berjaya dicapai.
- Walaubagaimanapun, remaja sekarang khususnya remaja Melayu banyak terbabit dengan gejala sosial yang sangat membimbangkan seperti penyalahgunaan dadah, kesalahan juvana dna sebagainnya.
- Cabaran dalam lain seperti pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup yang membawa pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain. Nilai dan pegangan kehidupan mereka juga kini banyak dipengaruhi oleh sikap "cinta kepada keduniaan, kemegahan dan juga kebendaan". (Zainal Abidin, Ahmad Hakimi dan Noor Hasnoor, 2006).
- Manakala cabaran dari luar pula seperti kemasukan pengaruh asing, terumatama sekali unsur-unsur dari Barat.Unsur-unsur ini adalah kesan daripada berlakunya globalisasi ataupun proses pengecilan dunia. Barat adlah merupakan satu kuasa yang sangat berpengaruh dan mampu menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu, terutama sekali dari segi nilai dan amalan agamanya, adat resamnya dan juga proses sosialisasi dan pembudayaan.
- Pengaruh Barat yang membawa ideologi seperti sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme, atisme dan lain-lain menyebabkan banyak yang terpengaruh khususnya dari segi pemikiran orang-orang Melayu.
- Oleh itu, pembersihan jiwa seperti menekankan akauntabiliti dan ketaqwaan, kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip dan sebagainya sangat diperlukan untuk memastikan masyarakat Melayu tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya melalui perbincangan yang panjang, jelaslah bahawa tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang unik kerana perkembangan yang mengambil masa yang lama dan juga melalui pelbagai peringkat, yang mana setiap peringkat itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negara, bangsa dan generasi hari ini dan akan datang.
No comments:
Post a Comment